<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4999423850757683971\x26blogName\x3dIndahnya+KesuSASTERAan\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://nurulizzahbk11.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://nurulizzahbk11.blogspot.com/\x26vt\x3d4026065754239261926', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
NurulIzzahBK11
Budak SASTERA dari 3M2 :D
Bukit Panjang Govt. High Sch

Archives
January 2010
March 2010
April 2010

Papan "TAG"

Melody Jiwa


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Pautan
Cikgu Sazali Farhanah Farhanny Fuad Hafiz Safwanah Shafa Syahirah Tom Jerry

hak cipta
Lovedrops♥
x x x x
4.04.2010
Mentari ♥ 11:03 AM

Mentari

Tiap pagi ku disambut cerah
Sinarannya menembus langsir jendela
Memberi kecerahan pada hidupku
Memberi kecerahan pada alam semesta

Satu pancaran yang mempesona,
Satu cahaya yang sungguh kental.

Mentarilah pancaindera dunia.

Mentari yang menerangi hidupku
Bagaikan cahaya dalam kegelapan
Memberi sinar harapan pada ku
Sebuah keceriaan dalam kehidupan

Tanpa mentari tiada cahaya
Tanpa mentari tiada sinaran
Tanpa mentari tiada kehidupan
Dunia diselubungi kegelapan.

-nurulizzahbk11 :D







3.21.2010
Gurindam Fasal yang Kelima ♥ 8:17 PM

Gurindam Fasal yang Kelima
Jika hendak mengenal orang berbangsa
Lihat kepada budi dan bahasa.
Jika hendak mengenal orang berbahagia
Sangat memeliharakan yang sia-sia.

Jika hendak mengenal orang mulia
Lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu
Bertanya dan belajar tiadalah jemu.

Jika hendak mengenal orang yang berakal
Di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

-Raja Ali Haji
4. Baca gurindam di atas dengan teliti dan ceritakan pemahaman kamu terhadap teks ini.

Gurindam Fasal yang Kelima ini mempunyai enam stanza di mana setiap stanza berbentuk distikon. Temanya pula adalah perangai dan kelakuan seseorang itu mencerminkan jati dirinya.

Dalam stanza yang pertama, persoalannya adalah tentang budi dan bahasa seseorang dapat meninggalkan kesan yang mendalam. Kitan boleh dapat tahu jika seseorang itu berbangsa dengan percakapannya dan kesopanannya. Budi dan bahasa juga dapat mencerminkan watak dan kehidupan seseorang.

Pada sudut yang lain, persoalan untuk rangkap yang kedua adalah tentang kebahagiaan. Penulis telah membentukkan kebahagiaan ini dengan "memeliharakan yang sia-sia" (Rangkap 2, Baris 2). Ini bermaksud orang yang gembira akan memanfaatkan setiap detik dalam kehidupan, sekecil mana sekalipun. Seseorang yang bahagia itu akan menghargai setiap sesuatu walaupun yang dianggap sia-sia. Dengan menghargai setiap sesuatu dalam hidup, seseorang itu akan dapat merasa sesuatu nikmat yang memuaskan dan seseorang itu akan merasa gembira kerana tidak mensia-siakan apa-apa pun.

Bait yang ketiga sama seperti yang pertama. Persoalannya adalah tentang kelakuan seseorang yang menentukan keperibadiannya. Ini bererti kelakuan dan adab seseorang dapat menunjukkan watak sebenarnya. Kita boleh tahu jika sesesorang itu mulia dengan perbuatannya dan perangainya.

Untuk stanza yang keempat, persoalannya adalah tentang ilmu yang tidak pernah jemu. Orang yang berilmu, walaupun ditanya seribu kali pun tidak akan bosan menjawab dan mengongsi ilmunya. Orang yang berilmu tidak akan penat belajar dan terus menimba ilmu.

Persoalan untuk rangkap kelima adalah tentang bekalan hidup. Orang yang berakal akan membuat perkara yang membawa manfaat, baik dan rajin beribadah. Setelah kita meninggal nanti, hanya ibadah kita sewaktu di dunia dapat menolong kita dari seksaan di akhirat.

Bait yang terakhir ini pula agak mirip dengan bait yang pertama dan yang ketiga. Kita boleh mengetahui perangai seseorang dengan melihat "pada ketika bercampur dengan orang ramai" (R6, B2). Dengan melihat kelakuan, perangai dan cara seseorang itu bercampur dengan orang, kita akan dapat mengenali jati dirinya dan perangai sebenar mereka.

1.18.2010
Selamat Pagi! ♥ 10:29 PM

Lalala